EMPAT sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas pertuduhan membunuh mak nyah di sekitar di daerah Klang, dua minggu lalu.
Semua tertuduh iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua remaja lelaki berusia 16 serta 17 tahun mengangguk faham akan pertuduhan bersama dibacakan di hadapan Majsitret Solehah Noratikah Ismail.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang yang masih bebas, didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian mangsa, 32, di hadapan hotel di Bandar Bukit Tinggi di Klang, kira-kira 7 pagi, 12 Disember lalu.