Shah Alam: Dua pemuda terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan mereka dipenjarakan pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Selangor selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Bangladesh, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan ke atas kedua-dua pesalah juvana yang kini berusia 21 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, mereka yang ketika itu berusia 17 tahun didakwa mencapai niat bersama membunuh lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di tepi jalan sekitar Seksyen 20, di sini, jam 7 pagi, 15 Disember 2013.
Berikutan itu, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.