Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman lima pelakon dan produser video iklan raya promosi judi yang viral baru-baru ini.
Menurut salah seorang peguam kepada pelakon berkenaan, Navin Punj daripada Gabriel Susayan and Partners, majistret memberi alasan bahawa kesemua pelakon dalam video berkenaan adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat berkenaan.